Rabu, 23 Ogos 2017

Borneo Highland Resort, Kuching 2016

Salam...

Kita sambung lagi throwback ye sebelum g holiday...

Alkisah nya, lepas check out dari Riverside Hotel sambung celebrate belated wedding anniversary mumy dady plak. Sebelum naik puncak singgah drive thru KFC dulu coz x lunch lagi.

Borneo Highland ni dari bandar Kuching lebih kurang 65km (1jam lebih camtulah). Terletak di Kota Padawan, Kuching. Mumy booking cam biasa guna Agoda.com bilik jenis Birdie dalam RM305.00 termasuk breakfast & add on extra bad(tilam je). Kalau dinner pulak boleh makan kat restoran area lobi coz kat puncak xda kedai runcit @ restoran2 luar ye...

Sebelum naik puncak pulak kena berhenti kat pintu masuk. Bayar dalam RM8 & kalau nak ke Kalimantan view kena tambah lagi dalam RM10 rasanya. Tapi kitaorg xda bayar coz check in kat resort. Bagi sesiapa yang x berani nak drive ke atas boleh guna kereta resort tapi x sure berapa kena bayar. Jalan ke puncak tu pulak, lebih kurang macam naik Cameron Highland. Dady selamba je dia drive ke atas tu, mumy & anak siap tutup mata lagi coz seriau...hehehe


~Welcome to Borneo Highland Resort~

Dah rasa kesejukan bila bukak cermin kereta. Hari makin mendung, risau je takut hujan..So kitaorg sampai puncak dalam pukul 2ptg camtu...kena berhenti lagi kat pintu masuk puncak nak ke resort. 


Time ni tengah hot cerita couple SHMP yang nak satukan #lofattah jadi real....so mumy juga tergolong dalam silent fans tu..hahaha..so sampai ke puncak ha kitaorg bawak sepanduk #lofattah..



Hari tak mengizinkan, hujan huhu....lepas tu kitaorg naik resort untuk check in.





Dalam bilik xda aircond & TV ye...anak2 dah bising, kalau nak tengok tv sila ke Lobi..haha




View dari bilik tingkat 5..cantik sangat..Kolam bawah tu dapat guna untuk swim tapi hari tu kotor sangat so x nak amik risiko suruh anak2 swim..sedih lagi..haha



Hujan dah berhenti, kitaorg ronda2 sekejap kat area bawah ..kebetulan ada kuda..tpi x bole ride kuda tu..anak2 frust lagi..haha..


Spot check kolam pulak untuk puaskan hati diaorg..

Pool ni khas untuk yg nak berspa je..anak2 bawah 18thn dilarang masuk.


Lepas maghrib turun bawah makan kat area lobi Hornbill Golf & Jungle Club..ok jugaklah menu..total dinner dlm RM70..










Good morning..bestnya tido walaupun xda aircond..hehe..pagi tu breakfast ala western..yang ni include

Hidang ala carte..



Lepas breakfast terus srh anak2 mandi sebab nak lawat kawasan sebelum check out.

Tempat 1st kitaorg pergi Kalimantan view..jom g Indonesia...x payah bawak passport..kitaorg decide bawak keta sendiri je..coz cut cost..klu naik keta resort kena bayar rm10 sorang...







Lepas tu kitaorg turun balik...ronda2 pulak kat area entrance gate...

Sekarang area ni mcm dah tak terjaga je..sayang seribu kali sayang...

 
Atas tu rumah Tun M..x sure betul ke tak...




Nilah lori/ kereta resort tu kalau nak naik kena bayar RM10 sorang




Dah habis ronda, kitaorg terus check out..Otw turun bawah ternampak air terjun ni..lawa sangat..tapi tak berani nak naik atas tu sebab sunyi je..

Memang tak rugilah naik sampai ke puncak borneo..hehe..walaupun hati berdebar2 je takut keta Myvi tak lepas...TQ dady...

~Happy 11yrs wedding Anniversary 2nd December 2016~

daaaa...jumpa lagi...

END