Selasa, 17 Jun 2014

Legend Of Oz: Dorothy's Return

Salam Selasa Uolsz..sihat?mumy n ank3 sihat alhamdulillah..

Ni nak share kisah cuti skul ari tu..kebetulan dady pun ada. si kakak b2 tu dah bising2 cuti skul xde pergi mana2 selepas balik dari kampung belah dady sambut hari gawai 1Jun. Kitaorg balik hari sabtu 31Mei - 3Jun. Selepas balik dr kampung dady terus bwa ank3 g playground kat Boulevard Kuching.

Esok harinya mumy dah keja n dady diaorg pun join kuar awl pagi nak jumpa member dia..So ank3 antar umah pengasuh. Balik petang tu, si kakak dah bising..boring..boring..ha gitu..mumy tgk dady..dady tgk mumy..msg2 buat muka kesian...

Maka, hari jumaat 6Jun balik keja lepas marghrib je suh diaorg siap..hehe..tp x bgitau lagi nk g mana..sbb dady diaorg nak buat suprise lah kononnya...dr rumah..ke dlm kereta..sampailah ke Summer Mall, Kota Samarahan..mulut si kakak b2 tu x benti tanya..kita nak g mana ni..nak g playground ke mumy dady...??

Mumy dady masih diam seribu bahasa coz tgh cari signboard KBOX..last2 tya org kat area situ..lom siap daaaa..huhu...dah tu mumy buat signal ngn dady kebetulan LFS (Lotus Five Star Cinema) dah siap. Apalagi si kakak b2 tu..wahh..yea tengok wayang...terus pilih cerita Legend Of Oz:Dorothy's Return..

Sinopsis
Cerita bermula dengan Dorothy yang terjaga dari lena setelah ribut taufan yang kuat melanda kawasan perumahannya sehari sebelum itu. Banyak kemusnahan kepada rumah dan seluruh bandar yang dibawa oleh ribut taufan tersebut.Sedang meratapi kemusnahan tempat kediamannya, Dorothy dan anjingnya Toto secara tiba-tiba telah dibawa oleh pelangi ajaib ke bumi Oz. Pelangi tersebut dihantar oleh rakan-rakan lama Dorothy iaitu Scarecrow, the Lion dan the Tin Man.Sesungguhnya putaran masa di bumi Oz adalah lebih pantas. Sepeninggalan Dorothy, Jester (abang kepada Wicked Witch of the West) telah menawan bumi oz secara berperingkat. Seorang demi seorang ketua daerah telah ditangkap dan disumpah menjadi puppet dan dikurung di dalam bilik pameran.Glinda yang agak kuat kuasanya pun tidak dapat melawan kuasa Jester dan beliau merupakan ketua daerah yang terakhir yang ditawan. Kini harapan untuk menyelamatkan bumi Oz seratus peratus terpikul di bahu Dorothy.Perjalanan dengan pelangi ajaib yang gagal berfungsi penuh telah mencampakkan Dorothy ke tempat lain, bukan ke tempat yang sepatutnya yang dirancang oleh rakan-rakannya. Namun semua ini ada hikmahnya. Dalam perjalan mencari Emerald City, Dorothy telah berjumpa dengan rakan-rakan baru iaitu Wiser the Owl, Marshal Mallow, China Princess dan Tugg The Tugboat.Namun kelicikan Jester menyukarkan usaha Dorothy untuk menyelamatkan rakan-rakannya. Apakah cabaran-cabaran bakal ditempuhi Dorothy? Apakah strategy Dorothy mengatasi tipu helah Jester? Berjayakah Dorothy menyelamatkan rakan-rakannya dan megembalikan bumi Oz seperti sediakala? Ha gitulah sinopsis cerita tu..Kalau nak tahu ending dia..gi bawa ank2 tengok..hehe..
Mula2 mumy dady nak tgk cerita Maleficent tapi si kakak dah pilih cerita ni..so layan jelah dari diaorang buat hal dlm tu nanti..lagipun bawa Danish. Ni 1st time danish g tengok wayang tau..so far dia ok je..klu mcm tu blh kita g lagi ye danish tp tggu dady balik lah..
Apalagi ye...jom selfie..









Tak ramai org coz cerita kanak2 kan...mumy dady paksa layan je..yang penting ank3 happy...


Layan main yang ni pulak...lps tu kuar dari Summer Mall singgah makan kat Desa Ilmu..macambiasa ikut selera anak3..hrmmm...

Anak Happy mumy senang hati..

Okalah..tata...

Isnin, 16 Jun 2014

14 Jun 2012 - 14 Jun 2014 Mohd Erfan Danish Turn 2

Salam Isnin..Happy Working uolss..

Happy 2yr Birthday Mohd Erfan Danish 

Ya ALLAH..Jadikanlah anakku sebagai "pandangan mataku" yang selalu membahagiakanku saat kesedihan datang dan yang mengingatkanku saat diuji kenikmatan serta jadikanlah orang yang kau pilih untuk menabur kebaikan dunia akhirat..Aamiin..

Alhamdulillah, dah 2thn umur ank bujang mumy..Kejap je masa blalu..belum puas lagi cium bau baby dia..skg dah bau ucuk acam..hehe..
So far danish sihat alhamdulillah walaupun dia ada asthma tp jarang kena..demam pun jarang..harap2 danish sihat selalu..mumy tau danish kesian ngn mumy sorang2..dady jauh..tu dia tak nak menyusahkan mumy..sayang dia..

Sabtu hari tu, mumy beli kek kecik je utk dia..kira part 1 lah..he3..sambut ngn kakak Dania, Qaira n mumy je..
InsyaAllah, raya nanti mumy celebrate kat Miri utk part 2. Doakan mumy & dady murah rezeki..Aamiin..











Susahnya nak suruh dia tengok camera..klu suh senyum n pis je mesti mata tutup..alahai danish...

Kek tu beli ready made je yang ada kat bakery..angry bird pun jadilah asal ada..InsyaAllah, nanti celebrate nak buat tema ........ danish suka sangat tengok cerita tu...tahun lepas turn 1 mumy buat tema mickey mouse..so tahun ni ikut apa yang dia suka lah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

pin..pin..kata danish...

Oklah..tata...















Rabu, 11 Jun 2014

S.E.L.F.I.E

Salam....

Ya ampun dah nak separuh abad x jejak blog ni..sian dia...(ampun)
Alhamdulillah so far sihat semuanya..
Kehidupan bjalan seperti biasa..

Korang camne?Sekarang musim cuti skul..mesti ramai bawa ank2 pergi bcuti.Mumy n ank2 tak bcuti kat mana2, sian diaorang mumy keja.huhu..xpe insyaallah klu umur panjang n murah rezeki mumy bawa jalan2 k..

Kebetulan, hari tu 1jun Sarawak cuti Gawai n dady diaorg dpt balik k Kuching. So, dapatlah ank3 bmanja ngn dady diaorang tmasuk mumy skali.ngeh2..

Melalut dah..tajuk selfie tapi ayat ntah apa2 kan..

Sekarang masing2 gila selfie betulkan??eleh x ngaku lah tu...malu2 plak..hehe

Termasuklah kitaorang ni mumy dady n ank3 mmg suka bgambar a.k.a selfie..pngaruh @pun hobi..ntahlah..

contohnya cam kat bawah ni:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jeng..jeng..jeng..










Happy tengok ank3 senyum mcm tu..sejuk je perut mumy..

Ahad hari tu,dady diaorang dah balik k Bintulu..demi mencari sesuap nasi utk keluarga kecik ni..bermulalah kehidupan mumy mcm biasa..jadi driver,chef,doktor,pelakon komedi supaya anak3 happy x sedih ingat ngn dady diaorang...huhu

Oklah..nanti kalau ada mood lagi..mumy update k..

Tata...