Isnin, 1 Disember 2014

NUR ERISHA DANIA 8 TAHUN

1 Dec 2014 genaplah kamu 8thn wahai anak mumy..maka usia perkahwinan mumy genap 9thn..cepatnya masa berlalu..kamulah yg pertama pengikat kasih sayang mumy dady..

Susah senang kita bersama di perantauan..kamu membesar sebagai anak yg baik dan tak banyak ragam..tapi di umur kamu 1.5yr dtglah dugaan yg besar bagi mumy dady yg kamu telah disahkan menghidap penyakit ashtma dan alergik yg teruk di bdn...




Kamu sungguh comel anakku...tiada ganti 2 @ 3..itulah kamu 




Apabila umur kamu 2thn..mumy dady di beri rezeki lagi..iaitu adik kamu..walaupun dia lahir, bukan bermakna mumy dady tak sayang kamu lagi...tapi kamulah bukti cinta mumy dady...

Semakin hari kamu semakin matang sayang..dan semakin cantik di mata mumy dady..dan sekarang kamu dah 8thn..kamu banyak mengalah dengan adik2..mumy tau kamu dah pandai berfikir secara positif walaupun kadang2 terserlah kegedikan (terlebih manja)..






Mumy dady minta maaf bebanyak sebab x dpt bersama kamu di hari jadi..yang penting semalam mumy dah raikan yg termampu untuk kenangan..penuhilah waktu cuti sekolah ni bersama nenek..

Mumy dady perlu teruskan rutin harian untuk mencari sumber rezeki demi masa hadapan kamu dan adik2.





Selamat Hari jadi yang ke 8thn Nur Erisha Dania.

Ya Allah..Jagalah dia untuk ku..
                                                                    

~ We LoVe u Kakak~


oklah 
Tata

Khamis, 27 November 2014

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PERPADUAN

Salam Perpaduan..hehe

Kisah basi lagi...takpe..takpe...yg penting blog aktif utk kenangan hari tua

8/11/2014 hari bersejarah untuk Qaira...
Pihak Jabatan telah mengadakan majlis di Dewan Unimas (Panggung Eksperimen)..

Sebelum penyampaian sijil dan berjubah, Qaira ada mengikuti pertandingan skrip ringkas "Lebah dan Madu". Sebelum hari tu..mumy gigih siapkan skirt tutu & sayap lebah...alahai nasib baik mumy kreatif (hantuk kepala..puji diri sendiri)...baju, legging & stokin mumy beli..


Majlis ni termasuk semua kawasan area Kota Samarahan - Serian, Dalam kul 8.30am baru bermula pertandingan membaca, bersajak & menghafal skrip ringkas,.(betul ke..??sape suruh peram lagi..ha kan dah lupa)

Ok2..takyah nak panjang lebar kita ringkaskan dengan melayan gambar...



bergambar dengan kawan2..alahai besar nya Qaira dr yg lain...terlebih baja ke ni..

so cute sayang mumy..mula2 dia dah boring coz turn dia lambat..tak sangka jga sebab dia ni pendiam tp tengok rupa2 nya diam2 berisi..syabas betta



Dah hbs je turn dia..cpt2 tukar baju tarian melanau pulak..ni tak bertanding..Tabika dia kena pilih untuk buat persembahan..



 Yea..the day..sarung jubah pulak..cumel..


ala2..cepat nye sayang mumy ni besar, next year dah darjah 1

Acara seterusnya..penyampaian hadiah utk pemenang2...yeaaa...tak disangka2 JOHAN bagi pertandingan skrip ringkas jatuh kepada......NUR ELYSHA QAIRA...wah apa lagi mumy terkasima sekejap..betul ke....yer betul..

Bersama kawan2 & cikgu2 Tabika Perpaduan Samarindah..Tahniah cikgu semua acara ank2 murid bolot hadiah..



 Bersama cikgu Siti Aminah

Bersama Cikgu Erine


Tahniah sayang..mummy bangga sangat...memang tak sangka sebab Qaira mmg pemalu yg amat...diam2 ubi berisi ye,....

Teruskan usaha k Qaira..English mmg blm menguasai sgt..takpe..mumy tak paksa..mumy tau Qaira boleh...Harap Qaira dapat menguasai sepenuhnya bila dah masuk ke alam persekolahan darjah 1..





Ok lah
TaTa..


pstt
***Bulan Dec bulan Dania & mumy dady...tp..tp...dady takde dia kena g offshore 3wks..sian ank2 mumy..g miri nak jumpa dady tp huhuhu..sabar jelah***


Selasa, 11 November 2014

THROWBACK - QAIRA 6YR BIRTHDAY

Cerita Qaira lagi...hehehe..Paling Belakang..

Assalamualaikum...

Mumy bz yg amat..mengalahkan datin seri je..yelah kita dahulukan keja..keja kan ibadah...klu free bru dpt story mory wlpun cerita dah basi kan...apapun nak share gak utk kenangan...

Hari tu 28/10 dh 8ari blalu..cikgu2 sambut birthday ank2 murid bln Oktober,,,So mumy yg over excited sebenarnya...g order kek..wlpun cikgu dh sponsor kek..beli goodies..siap print sticker lagi...frozen gitu..dah janji ngn Qaira tema Frozen...yg penting ank happy...

Qaira ni jenis yg pendiam sikit...lambat nk ramah ngn org..mumy harap jgn lah sampi k besar ye perangai tu...malu nauzubillah sgt...diam2 dia berisi..klu ngn dady dia jgnlah mumy dpt marah dia..sikit2 nangis...huh..mengada sgt...klu nak brg semua perfect...barang dia hilang sikit o kakak adik usik nangis cam kena dera...anak no.2 kot...

Apapun mumy syg Qaira..

Oh ye..utk goodies mumy beli kat kedai sweety di India Street..plastik beli kat kedai area ofis kat Katai..beli sikit je utk cukup syarat..x nak membazir sangat....



Untuk kawan2 kat skul,,tu sticker mumy gigih edit sendiri..yg penting Qaira happy....



Kek order kat FB Azyun Kitchen RM90 (chocolate cake)..sedap kek..asa cam sayang je nak potong & makan kan..mummy yg over...

Happy 6yr Birthday Qaira...muka masih ada lgi bekas2 chicken pox..sian dia...


..Birthdays boy & girls...




 Seronok kan jadi budak..asa nk jadi kecik balik je..hehehe..gambar kenangan ngn cikgu2 n kwn2..

Terima Kasih Cikgu 

Amboi anak mummy..Semua nk frozen ye..pengaruh sangat..ingat beli beg tu nk pakai masuk darjah 1..tp nan hado...

Semoga Qaira menjadi anak yang Solehah & Bijak Pandai...Amin..

"HAPPY BIRTHDAY QAIRA..We LOVE u"


Oklah..Tata...

****Alahai..1/12 birthday kakak Dania pulak...nak kek frrozen jga...mampusss mummy*****



Rabu, 5 November 2014

Happy Birthday Qaira

Assalamualaikum...

20 Oktober 2014, genap Qaira 6thn...jatuh ari isnin pulak..kebetulan aritu Kakak Dania ada sport day kat skul..parents kna attend...so mumy amik cuti...oppsss...cuti tanpa gaji ye..cuti dahh habis....huhuhu

Pagi tu teman kakak jap...biar Qaira g skul dulu..dlm tgari lps skul g bwa dia mkn kat secret recepi...order Kek slice je..lps tu amik kids meal je... yg penting Qaira happy..wlpun Dady xde..dah hbs mkn..trs g skul kakak Dania plak....dh smpi skul tgk2 Kakak dh dpt medals..2 plak tu..dpt perak..sbnarnya Kakak dpt 3..dpt no.1 larian apatahh..esk arinya bru dpt gold medals dr kwn dia yg tlg amik kan...tahniah Kakak...

Oklah jom layan gambar birthday girl yg msih ada bekas2 chicken pox....

Gambar yg celebrate kat skul nanti mumy share ye...

Ok..tata..

Sabtu, 18 Oktober 2014

Tantrum

Tantrum..!!!

Anak2 korang ada x penyakit ni??

Anak yang suka mengamok tak tentu pasal. Padahal layanan 1st class dah mumy bagi..tapi still juga penyakit tu ada..alahai lah anak...

Si kakak2 dulu takde pulak perangai camtu..ayu je..yelah anak perempuan kot...

Selepas sihat dari virus chicken pox, perangai Danish makin mengada2 & kuat sangat nak merajuk..ke dia cuba tunjuk perasaan sebab rindu dady dia...??

Apa itu Tantrum yang mumy faham:

Senario diatas merupakan suatu kejadian yang disebut sebagai "Temper 

Tantrum" atau suatu emosi yang meledak-ledak sehingga tiada 
kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. 

Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – ke 6 tahun. 

ciri-ciri seperti: 

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur. 
2) Emosi tidak tenteram (sering negatif). 
3) Mudah marah dan mudah menangis. 


Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah 
beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia: 

Dibawah Usia 3 tahun 
·Menangis 
·Menggigit 
·Memukul 
·Menendang 
·Menjerit 
·Memekik-mekik 
·Menghempaskan badan ke lantai 
·Memukul-mukulkan tangannya 
·Menahan nafas 
·Menghentakkan kepala 
·Melemparkan barang 
·Menyangkung 
·Memeluk tubuhnya 

Usia 3-4 tahun 
·Perilaku tersebut diatas 
·Menghentakkan kaki 
·Berteriak 
·Meninju 
·Membantingkan pintu 
·Mengkritik 
·Merengek 

Usia 5 tahun keatas 
·Perilaku-perilaku tersebut diatas 
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya 
·Menyumpah 
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya 
·Mengkritik diri sendiri 
·Memecahkan barang dengan sengaja 
·Mengancam 
·Merungut 
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak. 


FAKTOR PENYEBAB TANTRUM 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya 
adalah seperti berikut: 

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang 
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, 
maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan 
mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya. 

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan 
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat 
sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam 
bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka 
yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan 
secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan 
disampaikan dengan sikap tantrum. 

3) Pergerakan yang Terhad 
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang 
bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba 
mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan 
bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak 
melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak 
hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan 
menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan 
keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk 
dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya 
diperbolehkan. 

4)Asuhan Ibubapa 
1. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba 
ada keinginannya yang lain tidak diikutkan. 
2. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik 
dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak 
melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, 
maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum. 
3. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak. 


5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit. 

6) Anak sedang stress 
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau 
kerana merasa tidak aman (insecure). 

7) Trauma @ Fobia 
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau 
diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan 
emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang 
aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak 
memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan 
tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini 
memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa. 


BAGAIMANA UNTUK ATASI TANTRUM ANAK ? 

Dalam buku "Tantrums Secret To Calming The Storm" oleh La Forge, 
majoriti berpendapat bahawa tantrum adalah suatu perilaku yang masih 
tergolong normal yang merupakan sebahagian dari proses perkembangan 
atau tumbesaran kanak-kanak, suatu tempoh transformasi dalam 
perkembangan emosi, kognitif dan fizikal sianak. Sebagai bahagian 
dari proses perkembangan, episod tantrum pasti berakhir. 

Beberapa hal positif yang biasa dilihat dari perilaku tantrum adalah 
bahawa dengan tantrum anak ingin menunjukkan sikap independensinya, 
ekspresikan individualitasinya, mengemukakan pendapatnya, 
mengeluarkan rasa marah dan frustasi untuk menyampaikan maksud agar 
orang dewasa mengerti dengan sikap negatif mereka. 

Namun bukan bermakna bahawa tantrum harus digalakkan dan disemangati 
(encourage). Jika ibubapa membiarkan Tantrum berkuasa (dengan 
memperbolehkan anak mendapatkan apa yang dihajati setelah ia 
Tantrum, seperti ilustrasi di atas), maka bererti ibubapa sudah 
menyetujui dan memberi peluang pada anak untuk bertindak kasar dan 
agresif (walhal sepatutnya ibubapa tidak harus menyetujui kehendak 
anak). 

Ibubapa harus membantah dengan tegas dan memberi penjelasan secara 
logikal pada anak. Dengan bertindak tegas dalam menangkis Tantrum, 
ibubapa juga berkesempatan untuk mengajar atau mendidik anak tentang 
bagaimana caranya beraksi terhadap emosi-emosi yang normal (marah, 
frustrasi, takut, jengkel, dll) secara wajar dan bagaimana bertindak 
dengan cara yang tepat sehingga tidak menyakiti diri sendiri dan 
orang lain ketika sedang merasakan emosi tersebut. Inilah yang 
dikategorikan sebagai intelligent emotion yakni pamerkan emosi 
dengan kaedah yang positif. 

Ketika Tantrum Terjadi 

Jika tantrum terjadi dan ibubapa tidak dapat mengawal situasi, maka 
beberapa langkah patut diambil; 

Memastikan situasi sekeliling – Sekiranya sianak tantrum didepan 
orang awam, bawa anak ke satu sudut yang jauh dari penglihatan awam 
dan biarkan sianak melempiaskan emosinya disitu untuk seketika. 
Ketika sianak tantrum, jauhkan darinya benda-benda yang boleh dia 
capai (barang merbahaya) untuk elakkan dia dari tercedera atau orang 
lain. 

Ibubapa harus bersabar (berkeadaan tenang) – Jaga emosi, mulut dan 
tangan. Jangan sampai memukul dan berteriak-teriak marah pada anak. 

Endahkan (ignore) ketika sianak tantrum – Ketika sianak tantrum, 
sebaiknya ibubapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, 
berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati sianak. 
Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia 
tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibubapanya. Jalan 
terbaik ialah membiarkan sianak untuk seketika, biar dia lepaskan 
kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibubapa tidak 
campurtangan dengan memujuk atau paksaan atau kemarahan. 

Jika sianak masih lagi tantrum – Ibubapa hendaklah memeluk sianak 
dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibubapa yang malu 
dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka moleknya ibubapa 
hendaklah berada tidak jauh dari sianak dan bercakap dengan sianak 
yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, sianak 
berasa aman dan tahu bahawa ibubapanya ada dan tidak menolak sikap 
negatifnya. 

Ketika Sianak Kembali Tenang 

Saat Tantrum sianak sudah reda, seberapapun parahnya ledakan emosi 
yang telah terjadi tersebut, janganlah diikuti dengan hukuman, 
nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan 
hadiah apapun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang 
diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu). 
Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibubapa 
akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahwa ia tidak 
bisa memanipulasi ibubapanya. 

Ingat, ibubapa hendaklah mendidik anak dengan mengajak anak 
mendengar (nasihat) kata kita bukan mendengar katanya. Jika sejak 
mula sudah terbiasa mengikut katanya, inilah kesan sampingan sika-
sikap negatif yang akan terdapat pada diri sianak. 

Berikanlah belaian kasih sayang dan rasa aman Anda kepada anak. Ajak 
anak, membaca buku atau bermain bersama. Tunjukkan kepada anak, 
sekalipun ia telah berbuat salah, sebagai ibubapa Anda tetap 
mengasihinya. 

Setelah Tantrum berakhir, orangtua perlu mengevaluasi (selidiki 
kembali) mengapa sampai terjadi Tantrum. Apakah benar-benar anak 
yang berbuat salah atau ibubapa yang salah merespon 
perbuatan/keinginan anak? Atau karena anak merasa frustrasi, lapar, 
atau sakit? Fikir secara positif dan ini perlu, agar ibubapa bisa 
mencegah Tantrum berikutnya. 

Jika anak yang dianggap salah, ibubapa perlu berfikir untuk 
mengajarkan kepada anak nilai-nilai atau cara-cara baru agar anak 
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau memang ingin mengajar dan 
memberi nasihat, jangan dilakukan setelah Tantrum berakhir, tapi 
lakukanlah ketika keadaan sedang tenang dan nyaman bagi ibubapa dan 
anak. 

Waktu yang tenang dan nyaman adalah ketika Tantrum belum dimulai, 
bahkan ketika tidak ada tanda-tanda akan terjadi Tantrum. Saat 
ibubapa dan anak sedang gembira, tidak merasa frustrasi, lelah dan 
lapar merupakan saat yang ideal. 

Dari uraian diatas dapat terlihat bahwa kalau ibubapa memiliki anak 
yang "sulit" dan mudah menjadi Tantrum, tentu tidak adil jika 
dikatakan sepenuhnya kesalahan ibubapa. Kebiasaann yang kita dengar 
orang tua berkata, macam mana perangai ibubapanya maka itulah yang 
menurun ke anak Namun harus diakui bahwa ibubapalah yang punya 
peranan untuk membimbing anak dalam mengatur emosinya dan 
mempermudah kehidupan anak agar Tantrum tidak terus-menerus meletup. 
Beberapa saran diatas mungkin dapat berguna bagi anda terutama bagi 
para ibu/bapa muda yang belum memiliki pengalaman mengasuh anak.

Selamat membaca..Semoga dapat membantu kaum ibubapa diluar sana..




Yelah mumy..Danish janji tak tantrum lagi..muka cam ada ku kesah..alahai anak..

Ya Allah, Kau jauhkanlah anak2 ku dari segala hasutan syaitan..Kau kuatlah iman ku utk menjaga Amanah mu ini..AMIN..


Oklah..
TaTa..

Selasa, 14 Oktober 2014

VIRUS CHICKEN POX

Oh demam..oh chicken pox!!!

Dugaan di bln Oktober bila ank2 sakit. Mumy redha & terima dengan hati yg terbuka.

Nasib baik terkena selepas balik dari checkin hotel. Kalau tidak kesian anak2 nak mandi kolam.

Kisahnya bermula dari si kecik bujang ucuk acam Danish. Pagi Selasa 7/10/14 jam 6.30am, hantar mcm biasa ank2 pergi rumah pengasuh. Si kakak Qaira pergi sekolah Tadika & si kakak Dania sama juga tapi sesi petang.

Dalam tengahari dapat whatsaap dr mak (nanny) diaorg bgitau Danish naik ruam merah berair (chicken pox) n demam. Apalagi mumy terkujat skejap...Eh awlnya kena chicken pox..eh..pgi tdi elok je..eh..semua ehh lah kuar kat fikiran..

Rupa-rupanya danish berjangkit dri ank dia (nanny)..Takpelah elok jga kena time kecik..nanti dah besar x kena dah.. (betul ke penyakit ni sekali seumur hidup)...??try tanya mr.google..aar lah..yeerrr..
Dahlah si kakak b2 tu belum pernah kena lagi..harap2 lah jgn bjangkit...

Tapi sangkaan mumy tak silap..dah hari k3 Danish kena demam tu..virus merebak ke kakak Dania lepas esoknya kakak Qaira pulak..huhuuhu....Nasib baik dadynya masih ada kat rumah...ingatkan dady dia ada dapatlah mumy turun keja tapi tidakk sebabnya si kecik Danish meraung..menangis..x bagi mumy g keja..huaa..terpaksalah mumy EL...so selang selilah kitaorg jaga n rawat diaorg...yang manja terlebih nya si kakak Qaira..huhu..

Dugaan lagi bila dadynya dah balik ke Bintulu...terpaksalah mumy yg handle sorang2..xpe..mumy kuat n mumy hebat..wahhh..puji terlebihhh...


Wajah-wajah kesayangan mumy kena virus Chicken Pox (5ari kena kuarantin kat rumah)


Yang ni hari Sabtu 11/10/14 jam 8.00mlm time nak tido..mumy sapu bedak sejuk..


Hari pertama Danish kena virus tu,..mumy post kat FB tanya apa petua o ubat utk demam chicken pox...??Ada yang bagitau kena mandi ngn daun semambu..sapu lotion..minum air kelapa muda..berkemenyan and etc..terima kasih ats info semua..

Tapi..mumy hanya guna 3 jenis kat bawah ni je..selain ubat demam PCM lupa nak amik pic..

Oh ye..kata org tua2 jangan bagi mandi takut terbantut..oh tidak bagi mumy..kalau tak mandi lagilah virus tu terbantut..tapi mumy xdelah nak bagi mandi guna air sejuk..doktor pesan guna air suam.
Minyak masak Asli tu bukan minyak ye..tu dalamnya krim..hanya dapat di beli di area India Street Kuching..(betulke xde tempat lain??) coz yang ni bukan mumy yang beli..ehsan dari mak (nanny)..

Mumy bagi juga air kelapa muda..tapikan ank2 sakit perut so mumy tukar ke air teh bunga je..Alhamdulillah..Kita hanya ikhtiar sambil berdoa ngn Allah Taala supaya Dia perkenankan.

Hari ni dah 8ari kena virus tu..hanya tinggal parut hitam..
Semalam hari Isnin kakak Dania dah turun sekolah tapikan...Hari ni dia tak nak turun sebab semalam dia malu kwn2 ejek muka berparut..kesian dia...sabar ye kakak..kwn2 kakak tu belum kena lagi..biar diaorang happy sekarang..nanti haa..menanggis kalau dah kena..tak baik tau ejek2 orang...

Tak sabar nak tengok badan n muka ank2 bersih n sihat macam sediakala kesayangan mumy dady ni...

nanti dah sihat boleh naik motor ni lagi k sayang 


sejuk mata mumy tengok gambar ni..cepat sembuh ye sayang..


Ya Allah,..Sihatkanlah mereka..Kembalikan kecerian mereka..
Hanya padamu ku berserah..
Amin....
Wassalam...




Oklah
TaTa..